Saturday, February 1, 2014

Running Cekak @Hanafi Dec 2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

Apa khabar kepada semua pembaca blog PSSCPUHPolisas? Harap anda semua sihat sejahtera dan Alhamdulillah kerana kita masih lagi dapat merasai dan menikmati segala kenikmatan yang Allah S.W.T berikan kepada kita di dunia ini dengan kadar percuma. 

Okay, sebelum Admin sambung dengan program pertama yang berlangsung pada sesi Dec 2014 ini, ingin Admin menyusun sepuluh jari lengkap memohon kemaafan kerana lambat untuk update post pasal program pertama ini. Aish~ 

Program pertama yang dijalankan pada sesi Dec 2014 ini merupakan program pertama yang belum pernah dijalankan pada sesi sebelum-sebelum ini. Program pertama yang telah dijalankan ini ialah program Running Cekak @Hanafi. Wahaa~ Cool? Exactly!! Program ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli, terutama ahli-ahli baru. Selain itu, dapat juga kita luangkan masa free kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti ini, daripada kita asyik melingkar atas katil dan juga tak tahu nak buat apa-apa dalam bilik? Mungkin juga keluar bandar, jalan-jalan keliling bandar? 

Program ini dijalankan di sekitar kawasan Polisas dan juga sekitar kawasan Kuantan. Seramai 45 ahli yang telah melibatkan diri dalam program ini, termasuk ahli-ahli lama dan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Sebanyak 7 checkpoints yang telah disediakan kepada peserta-peserta explorace ini bagi memeriahkan program ini. Checkpoint disediakan dengan pelbagai jenis permainan tersendiri dan terdiri dengan syarat-syarat tertentu. Denda juga diberikan kepada peserta yang tidak mendengar kepada arahan fasi. Alahai~ kesian ya kepada peserta yang sering saja kena denda. Muahaha. Tapi enjoy je, jangan nak frust-frust, kan? 

Antara game yang telah disediakan oleh AJK persatuan ialah, Checkpoints terakhir yang paling best sekali, maybe? .-.)Y Yelah kan, mana tak nye? Setiap ahli diberikan sebanyak 2 ekor ikan keli untuk dibakar. Untuk dijadikan lauk kali, maybe? WOW~ sedap gitu kan? Wahaa~ Pelbagai cara boleh tengok cara peserta membakar ikan-ikan keli ini. Okay le tu, daripada makan ikan mentah, kan? Dengan bakar dalam hujan nye, panas nye. Terbaik le~ Wohooo~ 

Err, rasanya itu je maybe yang ingin Admin kongsikan setakat ini. In shaa Allah akan Admin update lagi pada program akan datang. In shaa Allah. Wabillahittaufiq Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh. Bye~ 

"Sometimes You Will Never Know The Value Of A Moment Until It Becomes A Memory" -Dr. Seuss

Saksikan sedutan sepanjang program: