Sunday, July 7, 2013

Cekak Hanafi di Puncak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

               Apa khabar kalian semua? Sihat? Kalau sihat, say Alhamdulillah. Kalau tak sihat pun just say Alhamdulillah sebab kita masih diberi peluang untuk menghirup oksigen dan beribadat kepada Allah SWT. Sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil :)

Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurakan daun-daunnya.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

               Okay lah, hari ini Admin nak cerita sikit pasal aktiviti pertama yang telah dijalankan iaitu Cekak Hanafi di Puncak! Sounds good right? Awesome! Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan ukhuwah sesama ahli-ahli, terutamanya dengan ahli-ahli baru. Dengan ada nya aktiviti ini juga dapatlah kami mengisi kelapangan waktu sementara menunggu Majlis Ijazah menjelang.