Friday, July 2, 2010

Annual Grand Meeting


Assalamualaikum pembuka bicara dari hamba insan yang lemah.. 
Wah wah.. lama rasanya saya tidak mengemaskini hal hal berkaitan aktiviti Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi POLISAS ini. Sepuluh jari disusun memohon maaf  kerana ketidakupayaan saya mengemaskini blog ini kerana sibuk dengan pembelajaran saya di POLISAS ini.. Rindu pulak rasanya tangan ini untuk menaip segala perkembangan yang berlaku di dalam persatuan yang disayangi ini
Oleh itu saya mulai artikel saya ini dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
kerana telah memberi keizinan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi POLISAS untuk berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah pada malam 1 Julai 2010 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI POLISAS Sesi Julai 2010 bertempat di dewan kuliah Jabatan Kejuruteraan Elektrik POLISAS. Pada malam tersebut seramai hampir 50 ahli lama dan juga seramai 9 pelajar POLISAS bukan ahli yang berminat untuk menyertai Persatuan ini telah dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan majlis tersebut. Pada malam tersebut telah berlangsungnya perlantikan 5 jawatankuasa tertinggi PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI POLISAS POLISAS bagi sesi Julai 2010. Tahniah diucapkan kepada semua majlis tertinggi PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI POLISAS POLISAS kerana terpilih dan diharap semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. 
Majlis tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Nazrin untuk lebih memberkati majlis tersebut. Kemudian majlis diteruskan pula dengan ucapan En Hasmizi B Mohamed selaku Pensyarah penasihat PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI POLISAS memberi kata alu-aluan dan ucapan selamat datang kepada ahli baru yang ingin menyertai persatuan ini. Dengan dipengerusikan oleh saudari Jairianah Zahrah  bt Iran Shah, mantan Naib Presiden sesi Jan 2010 majlis diteruskan dengan pengundian bagi jawatan bendahari dan penolong bendahari yang dimenangi oleh saudari Nur Athirah bt Aminuddin dan dibantu oleh Saudari Nor Fazzielah bt Awang. Seterusnya pemilihan setiausaha dan pembantu setiausaha yang dimenangi oleh Nuraini bt Ramli dan dibantu oleh Nuril Shahidah Farhana bt Mohamad. Seterusnya pengundian diteruskan dengan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang dimenangi oleh Mohamad Amin B Manan dan Suhana bt Idris. Akhir sekali pemilihan bagi jawatan tertinggi iaitu Jawatan Presiden sesi Julai 2010, jawatan ini telah dimiliki oleh Saudara Ahmad Hambali b Abdullah. Tahniah diucapkan.. Diharap barisan Majlis Tertinggi ini dpat menaikkan lagi nama persatuan di mata masyarakat atau lebih jauh lagi.

p/s disini saya sertakan ucapan dari majlis tertinggi PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI POLISAS sesi Julai 2010.

Wassalam

No comments:

Post a Comment