Sunday, July 7, 2013

Cekak Hanafi di Puncak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum Ya Akhi Ya Ukhti

               Apa khabar kalian semua? Sihat? Kalau sihat, say Alhamdulillah. Kalau tak sihat pun just say Alhamdulillah sebab kita masih diberi peluang untuk menghirup oksigen dan beribadat kepada Allah SWT. Sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil :)

Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurakan daun-daunnya.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

               Okay lah, hari ini Admin nak cerita sikit pasal aktiviti pertama yang telah dijalankan iaitu Cekak Hanafi di Puncak! Sounds good right? Awesome! Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan ukhuwah sesama ahli-ahli, terutamanya dengan ahli-ahli baru. Dengan ada nya aktiviti ini juga dapatlah kami mengisi kelapangan waktu sementara menunggu Majlis Ijazah menjelang.


               Aktiviti pendakian ini berlangsung di Hutan Bukit Pelindung, Kuantan. Pendakian bermula dari Teluk Cempedak. Seramai 90 orang ahli yang menyertai aktiviti ini. Ramai kan? Hehehe. Pendakian berjalan lancar sehingga lah sampai di suatu masa kami mendapat maklumat bahawa berlaku tanah runtuh yang kecil di hadapan laluan kami. Jadi pendakian terpaksa diberhentikan di situ dan kami dikehendaki berpatah balik. Tapi masa tu pun rasanya dah cukup tinggi kami mendaki, mana tak nya dah lebih sejam kan :D Jadi kami pun mula lah turun semula ke Teluk Cempedak.

               Setibanya kami di Teluk Cempedak, kami membuat banyak aktiviti antaranya Ice Breaking, Teka Lirik dan Penyanyi dan juga Dodge Ball. Dengan aktiviti tersebut dapatlah kami mengenali dengan lebih antara satu sama lain selain dapat memupuk dan mengukuhkan kerjasama sesama ahli. Setelah selesai aktiviti sukan, tibalah masa untuk penasihat kami iaitu Encik Hasmizi Mohamed untuk merasmikan penutupan akitiviti pada hari itu. Aktiviti kami ini berakhir dengan makan tengahari. Sedaaaaapppp! (Y)

               Okay lah, rasanya itu sahaja yang Admin nak kongsikan. Bertemu kita dalam entry yang seterusnya. In shaa Allah. Wabillahittaufiq Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.


Saksikan sedutan sepanjang program:


Harap maaf. Terdapat kesulitan pada video di atas. Jangka masa video yang sebenar adalah selama 7 minit 2 saat sahaja.





















No comments:

Post a Comment