Saturday, January 15, 2011

MAJLIS IJAZAH SESI1 JANUARI 2011

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah telah telah masuk ke tahun yang baru dan dengan azam yang baru di harap kita semua dapat menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelum nya...
Pada tahun ini akan ada banyak aktiviti yang telah di susun untuk ahli PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI POLISAS   oleh barisan Ahli JawatanKuasa Polisas  sesi Dis 2011.


Untuk permulaan..
baru-baru ini 15 Januari 2011 bersamaan 10 safar 1432H PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI POLISAS telah berjaya meraikan kedatangan ahli baru dalam Majlis Pengijazahan Asas yang disertai seramai 21 siswa/i dari POLISAS, 4 ahli yang berjaya ke peringkat POTONG dan majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran 4 orang lagi yang Ijazah Asas dari Cawangan Pahang.. tahniah diucapkan.. Diharap semua akan terus bersama SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI dan sama-sama lah kita memartabatkan silat melayu...


 En Hasmizi sebagai Penyelia Kelas berdedikasi memerhatikan anak buah menjalankan tugas

 Barisan ahli baru asas(Siswi)

 Barisan ahli baru asas(Siswa)

 Barisan jurulatih datang memberikan semangat 

 Barisan Ahli tamat turut menyertai majlis tanda sokongan kepada ahli baru.

Yang Mulia Guru Utama Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi


Mengiringi kepulangan Guru yang tercinta.

No comments:

Post a Comment