Saturday, January 15, 2011

Majlis Bual Bicara Bersama Guru Utama..

Majlis ini diadakan di Kompleks Rakan Muda Kemaman. Majlis yang berlangsung pada 14 Januari 2011 bersamaan 9 Safar 1432H ini bertujuan untuk mendekatkan lagi silaturrahim dengan ibubapa pelajar..majlis yang bermula pada jam 9.30 mlam ini disertai oleh pelajar silat ini ditemani oleh ibubapa pelajar yang mengambil berat diatas pembelajaran anak mereka. Dalam majlis ini dengan berbesar hatinya PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI POLISAS telah berganding bahu bersama dengan Cawangan PAHANG untuk menghantar peserta seramai 30 ahli  dengan menaiki sebuah bas untuk  menyertai dan memeriahkan lagi Majlis tersebut.

Majlis yang di isi oleh pelbagai nasihat dan
pendapat oleh Yang Mulia Guru Utama kemudiannya diisi dengan slot soal tanya yang dibuka untuk ibubapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI ini..
Rombongan POLISAS disertai Cawangan Pahang bertolak pulang pada jam 11.30 malam dan selamat sampai pada pukul 12.30 pagi.Diharap majlis ini dapat mengeratkankan lagi tali persahabatan antara Cawangan pahang dan Cawangan Terengganu yang sedia ada..

 Slot ucapan dari Yang Mulia Guru utama

 Wakil Jurulatih Dari Cawangan Pahang

 Makan malam

Sebelom Bertolak Presiden sibuk mengambil kedatangan.

Abang Saidi sabar menuggu peserta yang lain di pintu bas

 Kegembiraan diatas bas.. ahli tamat.

 Antara yang hadir

YDP Tuan Haji Alam Shah bersama Jurulatih POLISAS

 Wakil Cawangan Pahang.

 Antara ibubapa yang hadir

  Gandingan Cawangan Pahang dan Cawangan Terengganu


Siswi POLISAS

No comments:

Post a Comment