Saturday, February 12, 2011

FAMILYDAY PSSCUHPOLISAS

Assalamualaikum dan Slamat sejahtera..


Teruja untuk menulis pada kali ini kerana aktiviti yang diadakan ini adalah salah satu aktiviti kegemaran ahli ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi POLISAS. Aktiviti pada kali ini adalah
pertandingan bowling antara ahli dan tenaga pengajar. Pertandingan yang diadakan sempena hari keluarga  Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi POLISAS yang diadakan pada 12 Febuari 2010 bertempat di Megalanes, Megamall Kuantan.. Aktiviti ini diketuai oleh pengarah program yang manis iaitu Cik Nuril Shahidah Farhana bt Mohamed dan dibantu oleh penolongnya iaitu Cik Noor Fadzillah bt Shammudi. Program yang dirancang selama 2 bulan ini telah berjaya di laksanakan pada hari ini dan segalanya telah berjalan dengan lancar.Tahniah diucapkan kepada barisan ajk yang terlibat.

Program ini disertai oleh  ahli, tenaga pengajar dan juga penyelia, tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada wakil dari cawangan Pahang yang turut turun untuk bersama-sama menjayakan program ini.Pertandingan dimulai dengan balingan bola dari En Hasmizi sebagai pemula pertandingan. Diharap lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk disertai oleh kita semua. wassalam.

No comments:

Post a Comment