Saturday, March 20, 2010

Festival Politeknik 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Wah2 dramtk sungguh sy pd kali ini...
Pada kali ini sya ingin berkongsi tentang Karnival Politeknik yang akn diadakan pada April ini.. Karnival ini dianjurkan oleh JPP iaitu sebuah perstuan yang tak asing lagi dalam POLISAS ini. Ape yang istimewanya Karnival Politeknik ini?? Haha... pada tahun ini, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi telah diberi penghormatan untuk mengarah salah stu aktiviti yang disediakan. Hmm menarik, hal ini menunjukkan bahawa Silat Cekak Hanafi telah mulai diterima dengan baik oleh persatuan yang lain.

Pada karnival ini Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi akan mengaturkan sebuah aktiviti iaitu Gubahan bunga. Bunga? apa kaitan dengan silat? Haha menurut presiden, hal ini dapat membuktikan bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Polisas bukan sekadar persatuan yang menyertai bidang berkaitan dengan silat semata-mata, kita jugak dapat mengendalikan hal-hal yang luar dari bidang persilatan, multifunctional orang katakan.

Aktiviti ini akan dikelola oleh Mohd Mazuri dan dibantu oleh Noramira bt Ghazali. Wah gandingan yang baik. Diharap mereka dapat menpersembahkan program yang terbaik agar dapat meningkatkan lagi martabat persatuan ini dimata persatuan-persatuan yang lain.

Akhir sekali seruan saya pada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, marilah kita sama2 memeriahkan program ini, ajak kawan2 menyertai program ini dan jadikan aktiviti ini satu titik permulaan untuk manaikkan nama Persatuan Seni silat cekak Hanafi di POLISAS.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum wbt.

1 comment: