Sunday, March 28, 2010

PESANAN DARI PRESIDEN JAN 2010

Bismillahirrahminirrahim ... Assalamualaikumwarahmatullah..

Tiada kata2 yang tepat dapat saya mulakan sebagai pembuka bicara pertama dalam blog ini sebagai president melainkan dengan ucapan syukur ke hadrat illahi kerana persatuan ini telah melangkah 1tapak lagi kehadapan dengan memasuki dunia permodenan dan ICT.

Sebelum itu, terlabih dahulu suka untuk saya berkongsi satu pepatah yang telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya


“ CINTA itu umpama sinaran mentari yang menerangi tanpa mengharap kembali,
CINTA itu umpama sinaran mentari kerana ia menghangatkan hati dan,
CINTA itu umpama sinaran mentari kerana ia tidak memilih Siapa ia terangi”

Tujuan saya menulis papatah ini supaya setiap ahli dapat mengambil iktibar bahawa
setiap kebaikan yang kita lakukan, jangan diharapkan imbuhan, berbuatlah kebaikan selagi kita mampu dan berbaiklah dengan setiap orang di sekeliling kita, terutamanya sesama ahli kita. Tanpa Ahli, tidak wujudlah sebuah persatuan.
Bagi saya, semester ini adalah semester yang terbaik dari segi komitmen dan penglibatan pelajar dalam kehadiran dan penyertaan aktiviti yang dilakukan.

Saya ingin tujukan jutaan terima kasih dan rasa hormatnya kepada Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi POLISAS, EN Hasmizi Bin Mohamed dan semua exco Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi POLISAS kerana banyak berkorban masa, wang ringgit, dan tenaga untuk menjayakan aktiviti yang dirancang. Pesanan saya kepada Ahli Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi POLISAS, anda semua adalah yang TERBAIK!!! Sebagai penutup bicara pada kali ini, saya berharap kita semua dapat bersama-sama mendoakan persatuan ini agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sekian Terima kasih. Wassalam

Ikhlas dari
Muhammad Amri bin Mahiddin
Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi POLISAS

1 comment: